Pelajaran 2. Cara-cara untuk mula trading dalam talian 4-6 minit untuk dibaca

Nampaknya anda berminat untuk menjadi seorang trader. Ini sangat menggembirakan kami! Dalam pelajaran ini, anda akan pelajari cara-cara untuk trade dengan akaun demo tanpa merisikokan wang anda, dan banyak lagi.

Trading dalam talian satu perjalanan yang menarik. Sama seperti bisnes lain, anda memerlukan rakan kerjasama yang boleh diyakini untuk dijadikan rakan berkelana, dan kenderaan yang andal (reliable) untuk membawa anda merantau. Dalam perjalanan trading, broker adalah kedua-duanya.

Bagaimana cara memilih broker

Broker menghubungkan anda dengan pasaran. Tanpa khidmat mereka, anda tiada upaya untuk trade. Mereka memastikan proses trading anda berlaku dengan selamat, mengendalikan dana anda, dan memberi anda akses kepada semua alatan yang anda perlukan.

Tetapi itu tidak bermakna anda boleh bersembarangan dalam memilih broker. Pilihan anda penting.

Berikut ialah checklist untuk memilih broker:

  1. Semak ulasan di laman web yang dipercayai

    • Cari broker di laman ulasan seperti Trustpilot. Fokus pada ulasan terkini untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang reputasi broker daripada trader lain.

    • Baca ulasan yang memfokuskan tentang proses deposit dan pengeluaran. Pilih broker yang dilaporkan memproses transaksi tepat pada masanya dan bebas dari kerumitan.

  2. Sahkan tentang keselamatan dana dan data

    • Cari bukti berkaitan perlesenan (contohnya FSC) di laman web broker. Broker yang bereputasi tinggi memaparkan maklumat pelesenan mereka dengan jelas, selalunya di laman utama. Anda mahu wang anda selamat, dan trade tanpa kerisauan yang tidak perlu.

  3. Sahkan bahawa trading boleh diakses dengan mudah

    • Pastikan broker menawarkan proses pendaftaran yang mudah serta terma & syarat mereka jelas dan mudah difahami. Anda sepatutnya boleh bermula dengan cepat, tanpa urusan dokumen yang rumit. Untuk melakukannya, cuba buka akaun dengan broker yang anda sukai.

Sudah tentu, lebih mudah untuk memilih broker yang pertama yang anda lihat dalam hasil carian Google. Tetapi luangkanlah sedikit masa untuk melakukan penyelidikan tentang syarikat berkenaan dan pastikan anda meyakini pilihan anda. Pastikan anda berasa aman dan tenteram memberikan kepercayaan kepada organisasi yang akan menjaga maklumat peribadi dan wang anda.

FBS menawarkan terma dan syarat trading yang sangat baik kepada para trader kami, memastikan keselamatan data dan dana, menyediakan kandungan berharga daripada barisan pakar kami, dan memperkasakan mereka dengan alat-alat yang memudahkan para trader, termasuk aplikasi peranti mudah alih yang mesra pengguna yang mencakupi semua keperluan anda dalam trading.

Tetapi janganlah anda percaya sahaja kata-kata kami untuk itu bulat-bulat — baca sendiri ulasan yang ditinggalkan oleh para trader lain.

Cara untuk mula trading

Apabila anda sudah memilih broker, sudah tiba masanya untuk anda mencuba trading. Kita boleh menghabiskan berjam-jam menjelaskan teori, tetapi amalan menjadikan sempurna.

Ada beberapa langkah yang boleh anda lakukan untuk mencuba trading dengan akaun demo tanpa merisikokan wang anda:

  1. Pilih satu broker. Ini bahagian yang paling banyak memakan masa kerana anda perlu memilih dengan teliti. Berikut adalah langkah-langkah selebihnya untuk mula trading dengan broker FBS; broker-broker lain mungkin memerlukan masa yang lebih lama untuk setiap langkah.

  2. Muat turun aplikasi: <1 minit.

  3. Buka akaun: 1–2 minit.

  4. Buka urusniaga (anda merisikokan apa-apa jika anda trade menggunakan akaun demo): <1 minit.

Membuka akaun adalah mudah — hanya ikut langkah-langkah yang dinyatakan dalam aplikasi FBS. Dalam beberapa minit, anda akan mendapat akses kepada semua yang anda perlukan untuk memulakan perjalanan anda dalam trading. Jika anda belum lagi memasang aplikasi ini, anda mungkin mahu memuat turunnya sekarang.

Trade sekarang

Akaun trading membolehkan anda log masuk ke platform trading dan mengawal dana anda. Di FBS, satu akaun trading diciptakan untuk anda secara automatik, tetapi anda boleh menukar tetapannya kemudian untuk lebih keselesaan.

Platform trading adalah perisian yang memaparkan situasi pasaran untuk pelbagai instrumen trading (aset) dalam masa nyata, menyokong indikator teknikal, dan membolehkan anda membuka dan menutup posisi. Ia ibarat seperti "marketplace" di mana anda boleh membeli atau menjual CFD.

FBS menawarkan kepada pedagang aplikasi yang mudah dan mencakupi semua keperluan mereka di peranti mudah alih:

  • Pengurusan dana yang mudah, dari deposit hingga pengeluaran

  • Fungsi trading dalam aplikasi yang berkuasa tinggi, dengan carta yang boleh dilaras suai

  • Kandungan berharga dan bantuan tambahan daripada pakar-pakar pasaran kami supaya anda sentiasa maklum tentang pergerakan-pergerakan penting di pasaran.

2_1_MS.png

Pasang aplikasi pada peranti Android atau iOS anda. Kemudian lancarkan aplikasi dan buka akaun dalam satu minit.

Pasang aplikasi

Jika anda seorang trader yang lebih cenderung menggunakan desktop, anda boleh menggunakan platform trading khas MetaTrader 5. Mempelajarinya tidak semudah seperti mempelajari aplikasi FBS (lihat tangkapan skrin di bawah), jadi lebih baik anda bermula dengan aplikasi telefon. Di desktop, anda juga boleh trade dalam pelayar web anda tanpa perlu memuat turun dan memasang perisian.

Inilah dia MetaTrader 5. Rupanya kelihatan tidak begitu intuitif, bukan?

2_2.png

Bagaimana cara membuka urusniaga pertama anda

Anda telah pasang aplikasi anda, dan akaun anda juga sudah tersedia. Sekarang bagaimana?

Anda sudah bersedia untuk membuka urusniaga pertama anda. Tetapi ini masalahnya: jangan risikokan wang sebenar lagi. Kita akan bermula dengan akaun demo, di mana anda akan menggunakan dana maya untuk berlatih dan membina keyakinan.

Akaun demo adalah akaun di mana anda boleh trade dengan dana maya. Ia seperti belajar memandu sebelum anda melalui jalan raya sebenar.

Ia menerima data pasaran masa nyata, jadi anda akan alami trading yang serupa seperti apabila anda menggunakan wang sebenar. Setelah anda sudah biasa dengan operasi-operasi asas dan boleh membuka dan menutup urusniaga dengan yakin di mana-mana platform trading yang anda suka, anda boleh beralih ke akaun sebenar dengan yakin untuk trade menggunakan wang sebenar.

Buka akaun demo

Tindakan: Buka aplikasi FBS, pergi ke tab Berdagang, dan pilih pasangan mata wang (mulakan dengan EURUSD). Pastikan anda sedang menggunakan akaun demo (klik pada nombor akaun anda di bahagian atas skrin untuk memilih akaun demo). Tekan Beli atau Jual.

lesson_2_MS_buy_open_close_optimized.gif

Anda akan melihat folder Posisi baharu, di mana anda boleh mengedit volum urusniaga dan melaras tetapan urusniaga yang lain. Kami tidak akan mengupas tentang setiap fitur aplikasi dengan mendalam dalam pelajaran ini supaya anda boleh memberi tumpuan pada perkara-perkara yang paling penting buat masa ini.

Pilih mana-mana volum urusniaga yang anda suka dan tekan Beli atau Jual pada bahagian bawah skrin.

lesson_2_MS_buy_open_close_1_optimized.gif

Urusniaga telah dibuka! Sekarang, anda akan melihat perubahan pada PnL anda (keuntungan dan kerugian) sejajar dengan pergerakan harga pada carta. Semakin tinggi PnL anda, semakin banyak keuntungan yang anda dapat apabila anda menutup urusniaga tersebut.

Tindakan

Pergerakan Harga

Kesan ke atas PnL

Natijah

Tekan “Beli”

Harga naik

PnL meningkat

Anda mendapat keuntungan

Tekan “Beli”

Harga jatuh

PnL menyusut

Anda mengalami kerugian

Tekan “Jual”

Harga naik

PnL menyusut

Anda mengalami kerugian

Tekan “Jual”

Harga jatuh

PnL meningkat

Anda mendapat keuntungan

Malangnya, kita baru sahaja membuka urusniaga yang sangat buruk. Kami tidak menganalisis carta atau berita sebelum membuat keputusan. Jom kita tutup urusniaga tersebut dan pelajari cara meramalkan (mengunjurkan) harga sebelum mencuba lagi. Maklumat unik dan berharga ini akan menanti anda selepas anda menyelesaikan tugas pada akhir pelajaran ini.

lesson_2_MS_buy_open_close_2_optimized.gif

Kerja rumah

Ini yang perlu anda lakukan:

  1. Buka aplikasi FBS, pilih pasangan matawang seperti EURUSD, dan buka beberapa urusniaga. Ini akan membantu anda memahami cara platform berfungsi.

  2. Jejaki prestasi urusniaga anda dalam tab Posisi. Pantau pergerakan harga dan lihat bagaimana keuntungan atau kerugian anda berubah.

  3. Tutup semua urusniaga menggunakan butang Tutup semua. Anda akan mahir menguruskan urusniaga anda dalam masa yang singkat.

Setelah anda melakukan ini, kita akan membincangkan tentang proses membuat keputusan sebenar dan memahami cara untuk meramalkan pasaran. Pelajaran seterusnya akan menunjukkan kepada anda strategi yang digunakan oleh trader sebenar untuk membuat keuntungan.

Daftar sekarang

Kongsi kepada rakan-rakan: