Kalkulator Trading kami sangat berguna untuk merancang urusniaga anda. Gunakannya untuk:
Hasil pengiraan
Saiz kontrak
Nilai poin
Spread
Swap long
undefined %
Swap short
undefined %
Margin
Keputusan pengiraan adalah anggaran dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat trading.
Untuk mengira keuntungan dan kerugian anda:
Dalam contoh kita, untuk membuka posisi EURUSD dengan 0.1 lot dan leveraj 1:100 pada harga semasa pasaran, anda memerlukan margin sebesar 100.91 USD.
Pengiraan sedemikian membantu anda memilih strategi trading yang terbaik dan membuat keputusan dengan bermaklumat sebelum membuka posisi.
Mari kita lihat apa maksud setiap nilai dalam hasil pengiraan:
Trading bermargin, atau pembelian dengan margin, melibatkan peminjaman wang daripada broker anda untuk membuka posisi yang lebih besar daripada yang anda boleh lakukan dengan bergantung pada modal anda sendiri semata-mata. Anda tidak perlu membayar keseluruhan amaun aset yang didagangkan, sebaliknya anda hanya perlu membayar sekian peratus sahaja (margin) sementara amaun selebihnya akan dipinjamkan oleh broker kepada anda.
Satu konsep yang penting dalam trading bermargin ialah leveraj. Leveraj dinyatakan sebagai nisbah antara dana pedagang berbanding dana yang dipinjam, seperti 1:10, 1:50, 1:100, atau 1:1000. Ia menggandakan modal kerja anda, berpotensi menggandakan keuntungan atau kerugian anda dalam satu-satu urusniaga. Sebagai contoh, dengan leveraj 1:100, setiap $1 yang anda laburkan bertukar menjadi $100. Jadi, jika anda depositkan $100, anda boleh trade seolah-olah anda mempunyai $10 000.
Untuk membantu dengan ini, Kalkulator Trading kami membantu anda menentukan margin yang diperlukan untuk setiap urusniaga. Ini membolehkan anda mengetahui seberapa banyak wang yang anda perlukan untuk membuka suatu posisi dan membina strategi trading yang berkesan.