Di dekad 2020-an ini, perdagangan sudah menjadi suatu aspek yang sebati dan penting dalam kehidupan kita. Ia sudah menjadi suatu amalan yang biasa pada masa ini untuk, bukan sahaja menyimpan wang demi masa depan, tetapi juga menggunakan wang tersebut di sini dan sekarang untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Kami yakin bahawa dari kalangan semua orang yang anda kenali, pasti ada beberapa dari mereka yang berdagang di pasaran kewangan.
Adakah anda ingin menjadi salah seorang daripada mereka yang membeli dan menjual pelbagai matawang, saham, dan logam? Jika ya, maka kursus pendek ini khas untuk anda. Anda akan menerokai pelbagai instrumen yang ditawarkan oleh pasaran kewangan dan akan mengorak langkah pertama anda di dunia perdagangan.
Setelah mengikuti pelajaran ini, anda akan:
Mengetahui perbezaan di antara EURUSD dan USDJPY;
Tahu bagaimana keuntungan perdagangan dikira;
Membuka urusniaga perdagangan pertama anda.
Di dalam kursus ini, anda akan berkenalan dengan seorang pedagang, Festus – seorang pemula, yang juga sedang belajar cara-cara berdagang. Beliau akan mengajukan soalan-soalan beliau dan kami akan menjawabnya sebaik yang mungkin.
Anda sudah bersedia untuk menjadi seorang pedagang? Jom kita mulakan!
Apakah itu perdagangan dalam talian?
Sebagai permulaan, perdagangan bermakna membeli dan menjual instrumen kewangan.
Kita boleh cerakinkan instrumen ini kepada beberapa kategori:
Forex–mata wang, seperti dolar AS, euro, pound British, dan banyak lagi;
Saham–unit pemilikan kecil dalam syarikat seperti Apple, Microsoft, Tesla, dll.;
Indeks–nilai segugus syarikat yang disebutkan dalam bentuk satu nombor tunggal, contohnya, US500 (S&P 500), US100 (NASDAQ), Nikkei 225, dsb.
Komoditi–aset fizikal dan bahan mentah, contohnya, emas dan minyak;
Matawang kripto–matawang digital atau maya yang dilindungi oleh kriptografi, seperti Bitcoin dan Ethereum.
Perdagangan sebenarnya adalah satu bidang yang sangat meluas. Ia berlaku sepanjang masa: orang perseorangan dan syarikat sentiasa memperdagangkan pelbagai aset kewangan. Anda sendiri pasti pernah terlibat dalam proses ini. Apabila anda mengembara, misalnya, dari Eropah ke Jepun, dan menukarkan euro anda kepada yen, anda sebenarnya sedang beraktiviti di pasaran Forex. Apabila sebuah firma Amerika menerima pound untuk penjualan barangan mereka di UK dan kemudian menukar pound ini kepada dolar, mereka juga secara tidak langsung turut berdagang di pasaran Forex.
Perdagangan dalam talian adalah perihal membeli dan menjual instrumen kewangan dengan matlamat yang khusus untuk menjana pendapatan. Pedagang mencari aset yang murah untuk dibeli dan kemudian menjualnya pada harga yang lebih tinggi. Selain dari itu, mereka boleh mendapat manfaat dengan membuka urusniaga jual jika harga instrumen yang mereka pilih, contohnya, pasangan matawang EURUSD, bakal atau sedang menyusut nilainya.
"Saya boleh fahami konsep pertukaran matawang di dalam talian, tetapi bagaimana dengan saham? Bagaimana dengan minyak? Dan emas?"
Apabila kita bercakap tentang perdagangan saham atau logam, kami tidak bermaksud hendak mengatakan bahawa pedagang perlu terlibat dengan aset ini secara langsung. Anda boleh membuat urusniaga perdagangan berdasarkan perubahan harga, di mana jongkong emas tidak perlu benar-benar dihantar kepada anda atau diambil daripada anda.
Di dalam gambar di bawah, anda boleh melihat carta harga emas (XAUUSD) dan aras-aras di mana pedagang boleh membuka dan menutup urusniaga perdagangan mereka.
"Perlukah saya mempunyai pendidikan atau kelulusan khas untuk berdagang? Contohnya dalam bidang ekonomi, matematik?"
Ramai orang masih berfikir bahawa hanya orang yang mempunyai kelulusan pendidikan di bidang kewangan dan mahir dalam matematik boleh berdagang di pasaran kewangan. Mudah untuk kita teka dari mana mitos ini datang: jika anda mengklik beberapa artikel kewangan, anda mungkin akan menemui istilah dan ungkapan seperti "dasar monetari yang akomodatif", "purata bergerak" dan sebagainya. Istilah-istilah ini boleh membuatkan anda percaya bahawa anda tidak layak untuk berdagang. Jangan fikir begitu!
Di sebalik istilah-istilah tersebut, ada satu prinsip mudah yang mentakrifkan perdagangan: anda perlu membuat unjuran sama ada harga akan naik atau turun.
Jika anda berjaya membuat unjuran yang tepat, anda akan meraih keuntungan. Jika unjuran anda salah, anda akan mengalami kerugian. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh anda gunakan untuk membuat unjuran, dan anda perlu memilih kaedah yang paling sesuai dan serasi dengan anda.
Selain itu, dengan pendidikan yang baik, anda akan berasa lebih selesa dengan konsep-konsep dan takrifan yang tampak mengelirukan pada mulanya. Pemahaman ini, seterusnya, akan menjadikan anda seorang peniaga yang lebih mantap. Apabila anda memperoleh pengetahuan, anda akan dapat membuat ramalan yang baik dengan lebih acap dan, dengan itu, meraih lebih banyak urusniaga yang membuahkan hasil. Itulah yang menjadi sasaran setiap pedagang. Dan itulah yang anda akan pelajari di dalam kursus ini!
Mengapa berdagang dalam talian?
Setiap orang pasti mengambil berat tentang kewangan peribadi mereka. Matlamat asasnya adalah untuk melindungi wang tersebut daripada inflasi dan meningkatkan modal mereka. Perdagangan menawarkan cara untuk mencapai matlamat ini. Ramai orang memilih perdagangan bukan sahaja sebagai hobi yang mendatangkan wang tetapi juga sebagai satu kerjaya. Dalam kedua-dua kes, perdagangan sering dilihat sebagai jalan untuk mencapai kebebasan kewangan.
Berbanding dengan cara-cara lain untuk mengumpul wang, perdagangan mempunyai kelebihan berikut:
Anda hanya perlukan peranti mudah alih, komputer riba atau desktop anda dan sambungan Internet, tidak lebih dari itu;
Anda boleh belajar dengan berlatih menggunakan dana maya sebelum anda berdagang menggunakan wang sebenar anda;
Anda boleh meminjam dana daripada broker anda, iaitu menggunakan leveraj, untuk meningkatkan potensi keuntungan anda;
Anda boleh berdagang apabila anda mempunyai masa yang terluang;
Anda boleh berdagang sempena berita dan terus meningkatkan tahap pengetahuan anda tentang kewangan.
Saban hari, pelbagai perkara berlaku di seluruh dunia. Matawang naik dan turun berbanding satu sama lain sepanjang masa. Syarikat-syarikat mengeluarkan produk baharu dan menakluk pasaran baharu, jadi harga saham mereka meningkat. Emas dan minyak sentiasa berubah nilai. Anda boleh meraih wang di atas semua perubahan ini dengan berdagang. Beli atau jual, lihat perubahan harga dan tutup urusniaga perdagangan anda. Orang yang aktif sentiasa menggunakan wang mereka untuk meraih manfaat!
Bagaimana cara-cara berdagang?
Logik di sebalik perdagangan agak mudah: jika anda menjangkakan harga emas akan meningkat dalam tempoh seminggu, anda beli emas. Jika ramalan anda betul, setelah seminggu anda pun tutup urusniaga anda dan bersorak untuk meraikan keuntungan anda. Namun, bagaimana sebenarnya semua ini dilakukan dalam kehidupan sebenar?
Anda perlu membuka program perdagangan MetaTrader, klik pada butang 'Pesanan baru' dan kemudian pilih 'Beli'. Apabila anda membuka suatu urusniaga perdagangan, anda biasanya sudah mempunyai harga sasaran di fikiran anda, iaitu harga di mana anda akan mengambil keuntungan anda. Apabila harga akhirnya tiba di aras tersebut, anda tamatkan urusniaga anda, atau dalam istilah lain anda menutup pesanan anda.
Dalam salah satu pelajaran seterusnya, kita akan melihat contoh cara membuka dan menutup urusniaga di setiap platform.
Pedagang yang menjangkakan harga akan naik dipanggil ‘bulls’, manakala mereka yang menjangkakan kemerosotan dipanggil sebagai ‘bears’. Urusniaga beli juga dikenali sebagai ‘posisi long’, manakala urusniaga jual juga dipanggil ‘posisi short’.
Beberapa perkara yang anda perlukan untuk mula berdagang
Ini bukan senarai yang panjang! Satu perkara yang anda sudah ada ialah akses Internet. Satu lagi perkara lain yang anda perlukan ialah platform perdagangan. Untuk mendapatkannya juga mudah: anda boleh memuat turun perisian menggunakan pautan di laman web atau cari di gudang aplikasi (App Store atau Google Play).
MetaTrader
MetaTrader adalah platform yang paling popular untuk berdagang. Jika anda ingin menggunakan 50 indikator dan alatan untuk menganalisis carta dan memanfaatkan bantuan expert advisor (EA), inilah yang harus anda pilih.
MetaTrader 4 sesuai untuk mereka yang baru bermula dan mahu menumpukan fokus mereka pada pasaran Forex;
MetaTrader 5 sesuai sekali untuk membuat analisis yang mendalam dan berdagang dengan pilihan aset yang lebih beraneka, contohnya, saham.
Ringkasan pelajaran
Perdagangan dalam talian ialah aktiviti membeli dan menjual instrumen kewangan menggunakan perisian khas;
Anda boleh dagangkan pelbagai jenis instrumen kewangan: matawang, saham, indeks dan komoditi;
Lazimnya, pedagang tidak memerlukan aset sebenar. Mereka hanya menyasarkan untuk meraih keuntungan daripada perubahan harga.
Seterusnya
Dalam pelajaran yang seterusnya, anda akan mendapat lebih banyak maklumat tentang instrumen kewangan. Teruskan usaha anda!