Pelajaran 3. Pola candlestick penerusan 12-13 minit untuk dibaca

Di dalam pelajaran sebelum ini, yang telah membicarakan tentang candlestick Jepun secara khusus, kita telah melihat pola candlestick penyongsangan. Pola-pola jenis ini menunjukkan kemungkinan arah trend akan berubah. Namun ada satu lagi kategori pola candlestick yang fungsinya adalah sebaliknya, iaitu pola-pola yang mengesahkan kekuatan suatu trend. Ia dikenali sebagai pola penerusan atau pola kesinambungan.

Pola candlestick penerusan – sekumpulan pola candlestick yang menunjukkan bahawa arah trend akan bersambung semula.

"Saya ada terlihat satu pola candlestick penerusan di carta, tetapi arah trend tiba-tiba bertukar ke arah yang bertentangan. Mengapa itu boleh terjadi?"

Anda perlu ingat bahawa selepas pola penerusan muncul di carta, pembetulan masih boleh terjadi. Namun, seperti yang anda tahu, selepas hujan, matahari sentiasa muncul semula. Maknanya, jika anda ternampak pola candlestick penerusan dan arah trend mula melakukan pembetulan, ada 80% kebarangkalian bahawa harga akan kembali bergerak dalam arah trend yang sama.

Secara keseluruhannya, pola penerusan membolehkan anda menarik nafas panjang sebelum rali harga yang selanjutnya diteruskan. Jom lihat pola candlestick penerusan paling popular yang perlu anda kenali.

Penerusan uptrend

Bentuk pola candlestick yang manakah yang harus anda nampak untuk mengesahkan kekuatan uptrend? Jom ketahui!

Rising Window

Ciri-ciri utama:

1. Bilangan candlestick: 2;

2. Kekerapan: Tinggi;

3. Warna: Signal adalah lebih kuat jika kedua-dua candlestick adalah bullish;

4. Ciri-ciri utama: Candlestick pertama berada dalam uptrend atau tutup di atas garisan trend, dan harga minimum candlestick kedua berada di atas harga maksimum candlestick pertama.

1.png

Pola ini mungkin rupanya tampak seperti situasi "senggang ke atas" (gap up), kecuali dalam beberapa situasi. Pertama sekali, ia harus muncul ketika uptrend. Kedua, harga penutupan candlestick pertama harus muncul di atas garisan trend. Akhir sekali, candlestick kedua harus dibuka di atas harga penutup candlestick pertama.

Berikut kami berikan tiga lagi maklumat yang menarik tentang pola ini:

  • Menurut para penyelidik, jika candlestick kedua pola ini bearish atau doji, signalnya lebih lemah;

  • Steve Nison mendakwa bahawa signal pola ini lebih kuat jika ia muncul selepas pola penyongsangan bullish;

  • Jika "rising window" muncul sebanyak tiga kali, ada kemungkinan besar penyongsangan trend akan berlaku.

Upside Tasuki Gap (Senggang Tasuki Ke Atas)

Ciri-ciri utama:

1. Bilangan candlestick: 3;

2. Kekerapan: Rendah;

3. Warna: Candlestick pertama dan kedua adalah bullish, dan candlestick ketiga adalah bearish;

4. Ciri-ciri utama: Candlestick pertama berada dalam uptrend atau ditutup di atas garis arah trend, harga minimum candlestick kedua berada di atas harga maksimum candlestick pertama, candlestick ketiga harus dibuka dalam badan candlestick sebelumnya dan ditutup di atas harga penutupan candlestick pertama. Kedengaran seperti terlalu rumit? Lihat gambar di bawah!

2.png

Jika anda suka berdagang dengan senggang (gap), anda perlu ingat pola ini. Selepas sebatang candlestick muncul di dalam uptrend, candlestick seterusnya dibuka dengan senggang harga. Kemudian candlestick ketiga dibuka lebih rendah dan ditutup lebih rendah daripada candlestick sebelumnya. Perlu diingat bahawa keandalan pola ini lebih tinggi jika senggang tidak diisi dalam tempoh-tempoh seterusnya.

"Adakah saya benar-benar perlu menghafal pola ini?"

Menurut Steve Nison, bahagian yang paling penting pada pola ini ialah senggang (baca: tingkap). Jika ia muncul di carta, ia akan bertindak sebagai sokongan. Trend berkemungkinan akan bertukar arah jika candlestick seterusnya ditutup di bawah senggang ini (di bawah aras sokongan).

Upside Gap Three Methods

Ciri-ciri utama:

1. Bilangan candlestick: 3;

2. Kekerapan: Rendah;

3. Warna: Candlestick pertama dan kedua adalah bullish, dan candlestick ketiga adalah bearish;

4. Ciri-ciri utama: Situasinya serupa seperti di pola Tasuki Gap. Perbezaan utamanya ialah candlestick terakhir harus dibuka dalam badan candlestick bullish yang lebih tinggi dan tutup dalam badan candlestick yang lebih rendah.

3.png

Apakah yang istimewa sangat tentang Upside Gap Three Methods? Bagaimana ia berbeza daripada Upside Tasuki Gap? Dalam kes pola ini, senggang perlu diisi. Pola ini perlukan pengesahan. Ia boleh disahkan oleh sebatang candlestick bullish yang besar yang ditutup di atas harga pembukaan candlestick ketiga.

Rising Three Methods

Ciri-ciri utama:

1. Bilangan candlestick: 4-7;

2. Kekerapan: Sederhana;

3. Warna: Candlestick pertama adalah bullish, candlestick kedua hingga lima adalah bearish, dan candlestick bullish yang besar mengesahkan pola ini;

4. Ciri-ciri utama: Selepas sebatang candlestick bullish yang besar di dalam uptrend, terdapat satu siri candlestick bearish yang menunjukkan berlakunya pullback pada trend. Candlestick bullish yang besar selepas pembetulan mengesahkan penerusan trend.

4.png

Mana-mana trend pun pasti akan melalui fasa pembetulan bilamana para pelabur mengambil keuntungan mereka. Inilah yang ditunjukkan oleh pola ini. Selepas satu lonjakan bullish yang besar, muncul beberapa candlestick bearish yang kecil. Bilangan yang optimum bagi candlestick pullback ini adalah 3, walaupun senario munculnya 2, 4, atau 5 candlestick pembetulan juga boleh berlaku. Semua candlestick bearish ini mestilah tidak ditutup di bawah aras harga pembukaan candlestick bullish besar yang pertama.

Berikut kami berikan tiga lagi maklumat yang menarik tentang pola ini:

  • Harga minimum candlestick bearish tidak boleh lebih rendah dari harga pembukaan candlestick bullish;

  • Candlestick terakhir formasi ini harus dibuka di dalam badan candlestick pullback bearish yang terakhir dan ditutup di atas candlestick bullish besar yang pertama;

  • Ia kelihatan saling tak tumpah seperti pola “Flag” (Bendera)! Tambahan lagi, signal yang diberikan oleh kedua-duanya adalah sama.

Mat Hold

Ciri-ciri utama:

1. Bilangan candlestick: 4-7;

2. Kekerapan: Sederhana;

3. Warna: Candlestick pertama adalah bullish, candlestick kedua hingga lima adalah bearish, dan candlestick bullish yang besar mengesahkan pola ini;

4. Ciri-ciri utama: Sama seperti Rising Three Methods, tetapi terdapat senggang ke atas (gap up) diikuti dengan satu jujukan beberapa candlestick kecil. Semua candlestick ini kekal dekat dengan bahagian atas julat candlestick bullish yang pertama. Candlestick yang kedua atau yang ketiga daripada jujukan itu masuk ke dalam badan candlestick bullish yang besar. Kemunculan sebatang candlestick bullish yang besar mengesahkan pola ini.

5.png

Apakah perbezaan yang utama antara pola ini dan Rising Three Methods? Pertama, di sini ada senggang ke atas selepas candlestick bullish yang pertama. Kedua, candlestick yang kedua dan yang ketiga hendaklah terletak berhampiran dengan bahagian atas candlestick yang pertama. Akhir sekali, pola ini memberikan signal yang lebih kuat daripada pola sebelum ini.

Three Line Strike

Ciri-ciri utama:

1. Bilangan candlestick: 3;

2. Kekerapan: Rendah;

3. Warna: Tiga candlestick bullish dan candlestick yang keempat adalah bearish;

4. Ciri-ciri utama: Selepas tiga candlestick bullish yang kuat yang ditutup satu demi satu lebih tinggi, candlestick yang keempat dibuka di atas mereka, tetapi kemudian ditutup di bawah harga pembukaan candlestick yang pertama.

6.png

Pola candlestick ini mungkin sangat rumit. Seorang pedagang baru mungkin berasa takut dengan candlestick bearish yang besar selepas beberapa candlestick bullish, lalu menutup urusniaga perdagangan mereka. Walau bagaimanapun, jika anda sudah mengenali pola ini, anda boleh berasa yakin bahawa situasi seperti ini menunjukkan bahawa candlestick mogok (strike candle) adalah pembetulan yang sementara dan selepas dari itu trend akan bersambung semula searah dengan tiga candlestick pertama. Hanya pastikan bahawa semua candlestick bullish dalam pola ini bersaiz sederhana.

Separating Lines

Ciri-ciri utama:

1. Bilangan candlestick: 3;

2. Kekerapan: Rendah;

3. Warna: Candlestick pertama dan ketiga adalah bullish, dan candlestick kedua adalah bearish;

4. Ciri utama: Pola ini muncul di dalam uptrend. Selepas candlestick bullish yang panjang, candlestick bearish dibuka dengan senggang tetapi ditutup apabila harga maksimum candlestick bullish dicapai. Candlestick seterusnya adalah bullish, yang dibuka pada aras yang sama dengan candlestick bearish. Di rangka masa yang lebih kecil, anda boleh melihat senggang. Candlestick kedua tidak mempunyai sumbu bawah.

7.png

Nama pola ini diberi bukan secara kebetulan! Tiga candlestick bergerak dalam arah yang berbeza. Dengan cara ini mereka terpisah antara satu sama lain. Pola ini memberithu bahawa walaupun penjual dapat menguasai pasaran, ia hanya untuk tempoh yang singkat dan kemudian pembeli menjadi lebih kuat. Berhati-hati dengan tiga perkara di sini, iaitu:

  1. Candlestick bullish yang ketiga dan candlestick bearish yang kedua perlu berkongsi harga pembukaan;

  2. Candlestick bullish ketiga tidak mempunyai sumbu bawah;

  3. Semakin panjang candlestick dalam pola "Separating lines" bullish, pola ini lebih andal.

Di atas kami telah membincangkan pola-pola candlestick penerusan utama yang muncul semasa uptrend. Di dalam bahagian yang seterusnya pelajaran ini, kita akan meninjau pola-pola yang menunjukkan kekuatan arus downtrend pula.

Penerusan downtrend

Kebanyakan pola candlestick penerusan yang akan kami huraikan adalah sama seperti pola-pola uptrend. Jom kita lihat dengan lebih terperinci.

Falling Window

Ciri-ciri utama:

1. Bilangan candlestick: 1;

2. Kekerapan: Tinggi;

3. Warna: Bearish;

4. Ciri-ciri utama: Candlestick pertama adalah bearish, dan candlestick kedua muncul selepas senggang. Paras tertinggi candlestick di bawah paras terendah candlestick sebelumnya.

8.png

Pola ini menunjukkan senggang ke bawah. Keandalan pola ini meningkat jika ia muncul selepas pola penyongsangan bearish (lihat contoh di atas). Pola ini disahkan jika candlestick seterusnya selepas pola adalah bearish. Berhati-hati berdagang dengan pola ini, kerana senggang mungkin sebahagian daripada pola penyongsangan bullish.

Downside Tasuki Gap

Ciri-ciri utama:

1. Bilangan candlestick: 3;

2. Kekerapan: Rendah;

3. Warna: Candlestick pertama dan kedua adalah bearish, dan candlestick ketiga adalah bullish;

4. Ciri-ciri utama: Senggang ke bawah selepas candlestick pertama semasa berlaku downtrend. Candlestick kedua adalah bearish. Candlestick ketiga harus dibuka lebih tinggi dan ditutup lebih tinggi daripada candlestick sebelumnya.

9.png

Bahagian utama pola ini ialah senggang ke bawah. Selepas itu, candlestick bearish harus terbentuk. Candlestick ketiga harus dibuka lebih tinggi daripada harga penutup candlestick kedua dan ditutup di atas candlestick kedua.

Downside Gap Three Methods

Ciri-ciri utama:

1. Bilangan candlestick: 3;

2. Kekerapan: Rendah;

3. Warna: Candlestick pertama dan kedua adalah bearish, dan candlestick ketiga adalah bullish;

4. Ciri-ciri utama: Senggang ke bawah selepas candlestick pertama muncul di dalam downtrend. Candlestick kedua adalah bearish. Candlestick seterusnya dibuka di dalam badan candlestick kedua, menutup senggang dan ditutup dalam badan candlestick pertama.

10.png

"Ia kelihatan seperti pola morning star penyongsangan!"

Beri perhatian bahawa di pola ini candlestick ketiga ditutup dalam badan candlestick pertama, lebih rendah harga penutupan lebih besar kemungkinan ia adalah pola penerusan bearish. Pola ini mungkin bertukar menjadi perangkap untuk pemula yang baru belajar mengenali pola candlestick. Kekeliruan mungkin berpunca dari senggang yang diisi/ditutup. Walaupun senggang itu ditutup, bears kekal dalam kawalan. Oleh itu, pola harus disahkan dengan pergerakan harga di bawah candlestick yang kedua.

On Neck

Ciri-ciri utama:

1. Bilangan candlestick: 2;

2. Kekerapan: Sederhana;

3. Warna: Candlestick pertama adalah bearish, candlestick kedua adalah bullish;

4. Ciri-ciri utama: Candlestick panjang yang pertama dibuka dengan senggang ke bawah, dan candlestick kedua mencapai paras minimum candlestick pertama.

11.png

Candlestick seterusnya adalah untuk peminat candlestick sejati! Formasi tidak begitu mudah dilihat, jadi agak mencabar untuk mengesannya dengan mata yang tidak terlatih. Candlestick bearish pertama dibuka dengan senggang ke bawah dan mempunyai badan yang panjang. Candlestick kedua adalah bullish dan hanya mencapai paras terendah candlestick sebelumnya, bukan harga penutupannya.

Pola ini memberitahu bahawa walaupun bullish cuba merebut kuasa, mereka gagal untuk menolak harga cukup tinggi, jadi downtrend berterusan selepas membuat pembetulan bullish yang singkat.

In Neck

Ciri-ciri utama:

1. Bilangan candlestick: 2;

2. Kekerapan: Sederhana;

3. Warna: Candlestick pertama adalah bearish, candlestick kedua adalah bullish;

4. Ciri-ciri utama: Candlestick panjang pertama dibuka dengan senggang ke bawah, yang kedua ditutup pada harga penutupan candlestick pertama atau lebih tinggi sedikit.

12.png

Pola ini serupa dengan pola "On Neck", tetapi candlestick kedua ditutup pada harga penutupan candlestick pertama atau di dalam badannya. Pola "In Neck" menunjukkan bahawa terdapat beberapa "short-covering" (pedagang membeli aset secara terpaksa demi untuk membolehkan beliau menutup posisi short yang telah dibuka sebelum itu), tetapi arah trend tidak berubah dan kekal bearish.

Thrusting

Ciri-ciri utama:

1. Bilangan candlestick: 2;

2. Kekerapan: Sederhana;

3. Warna: Candlestick pertama adalah bearish, candlestick kedua adalah bullish;

4. Ciri-ciri utama: Candlestick panjang yang pertama dibuka dengan senggang ke bawah, dan candlestick kedua ditutup hampir tetapi sedikit di bawah paras tengah badan candlestick yang pertama.

13.png

Falling Three Methods

Ciri-ciri utama:

1. Bilangan candlestick: 4-7;

2. Kekerapan: Sederhana;

3. Warna: Candlestick pertama adalah bearish, 2-5 candlestick yang seterusnya adalah bullish dan candlestick terakhir pola adalah bearish;

4. Ciri-ciri utama: Candlestick pertama adalah panjang; selepas itu, terdapat satu jujukan 2-5 candlestick bullish. Batang candlestick seterusnya dibuka dalam badan candlestick bullish terakhir dan ditutup di bawah harga penutupan candlestick bearish pertama.

14.png

Bertentangan dengan pola Rising Three Methods, pola ini menunjukkan penerusan downtrend. Selepas candlestick bearish yang panjang, terdapat 2-5 candlestick bullish yang kecil. Pola itu disahkan apabila candlestick bearish besar muncul di carta, dibuka dalam badan candlestick bullish terakhir, dan ditutup di bawah harga penutupan candlestick bearish besar yang pertama.

Bearish Three Line Strike

Ciri-ciri utama:

1. Bilangan candlestick: 4;

2. Kekerapan: Sederhana;

3. Warna: Tiga candlestick pertama adalah bearish, dan candlestick keempat adalah bullish;

4. Ciri-ciri utama: Selepas tiga candlestick bullish yang kuat yang ditutup satu demi satu lebih rendah, candlestick yang keempat dibuka di bawah mereka, tetapi kemudian ditutup di atas harga pembukaan candlestick yang pertama.

15.png

Ini satu lagi pola yang kontroversi. Selepas tiga candlestick yang bearish, para pembeli cuba mengambil alih pasaran. Akibatnya, ia membentuk satu candlestick bullish yang besar. Bahagian yang sukar dan mengelirukan ialah dua candlestick yang terakhir yang boleh tampak seperti bullish engulfing. Oleh itu, anda perlu ingat peraturan ini: jika candlestick seterusnya yang muncul selepas pola ini ditutup di atas candlestick bullish, ia menandakan penyongsangan bullish. Sebaliknya, jika candlestick selepas pola tidak melepasi harga maksimum candlestick terakhir, situasi ini menunjukkan bahawa trend sedang berlanjutan.

Tahniah! Sekarang anda sudah mengenali lebih banyak petanda.

Ringkasan pelajaran

  • Pola candlestick penerusan adalah sekumpulan pola candlestick yang menunjukkan bahawa arah trend akan bersambung semula;

  • Apabila pola candlestick penerusan muncul, ini tidak bermakna pasaran akan terus mengalami penyongsangan. Oleh itu, kita mungkin akan melihat pembetulan selepas pola itu sendiri;

  • Pola penerusan yang paling mudah yang anda boleh kesan ialah Rising Windows dan Falling Windows. Anda mungkin mengenalinya sebagai senggang penerusan;

  • Anda perlu berhati-hati dengan beberapa pola penerusan, seperti Three Line Strike dan Gap Three Methods, kerana ia boleh mengandungi setup penyongsangan di dalam strukturnya formasinya.

Seterusnya

Dalam pelajaran terakhir kursus ini, kita akan belajar cara mengaplikasikan pola candlestick Jepun secara praktikal. Anda akan diperkenalkan dengan strategi-strategi perdagangan baharu yang mudah dikuasai walaupun untuk seorang pemula. Teruskan bersama kami!

Kongsi kepada rakan-rakan: