Sama ada anda baru bermula dalam Forex atau sudah pun berdagang sekian lama, kami percaya artikel ini akan banyak membantu penerokaan anda.
Tips perdagangan Forex berikut akan memberi anda idea tentang cara berdagang pasangan Euro Forex dengan paling berkesan.
Tips pertama: Ketahui apa yang anda cari
Berdagang, tentu sekali, satu aktiviti yang mengujakan. Sungguh pun begitu, fokus dan matlamat utamanya adalah untuk membuatkan wang anda berkerja. Dalam bahasa yang lebih mudah, berdagang adalah tentang menjana lebih banyak pendapatan.
Dengan itu, apabila anda menceburi pasaran Forex, taktik anda haruslah mencari peluang berurusniaga yang berpotensi menjana keuntungan sambil melakukan yang terbaik untuk mengelakkan kerugian. Walaupun ia sangat ringkas dan mudah, pendekatan ini memerlukan masa dan usaha untuk dikuasai.
Sepuluh tips untuk perdagangan Forex di bawah akan menunjukkan anda cara untuk melakukannya.
Tips kedua: Pilih broker anda
Terdapat banyak penyedia perkhidmatan kewangan dalam talian di luar sana, masing-masing menawarkan visinya sendiri tentang perdagangan yang berkesan. Walaupun ia bukan satu-satunya pilihan, FBS adalah salah satu pilihan yang terbaik. Dengan lebih 550 instrumen tersedia dan terma yang menarik, broker FBS menawarkan pengalaman perdagangan dalam talian yang mutakhir untuk pengguna di lebih 150 negara.
Mengenai platform, pedagang FBS boleh berdagang dengan salah satu platform paling popular di dunia – MetaTrader 5. Platform ini sarat dengan ciri-ciri yang berguna untuk perdagangan yang efektif.
Selain itu, FBS membimbing pedagangnya pada setiap langkah menerusi khidmat bantuan pelanggan 24/7, dan yang paling penting, koleksi alat-alat bantuan untuk meningkatkan pengalaman beraksi di pasaran.
Tips ketiga: Ikuti berita terkini
Anda mesti tahu bagaimana situasi terkini di pasaran untuk berdagang dengan paling berkesan. Untuk mengetahui apa yang berlaku kepada pasangan-pasangan yang berkaitan dengan Euro, seperti EURUSD, anda harus menggunakan alat-alat yang berguna yang disediakan oleh broker anda. Salah satu alat yang digunakan adalah kalendar ekonomi.
Kalendar Ekonomi FBS adalah satu rekod kronologi peristiwa atau acara penting pasaran yang memberi kesan kepada instrumen yang anda dagangkan. Peristiwa dan acara boleh memberi kesan yang besar, mengubah tindak-tanduk pasangan Forex secara drastik.
Graf di bawah menunjukkan siaran berita yang paling memberi kesan kepada EURUSD. Jadi, memantau peristiwa-peristiwa ini adalah satu kemestian jika anda ingin berjaya.
Tips keempat: Semak korelasi
Korelasi adalah metrik yang penting dalam perdagangan. Seperti yang anda boleh teka, ia menunjukkan bagaimana instrumen-instrumen perdagangan saling berkait. Semakin tinggi pekali korelasi, semakin mirip pergerakan instrumen-instrumen tersebut.
Mengambil EURUSD sebagai contoh, kami boleh katakan bahawa ia sangat terkait dengan euro, indeks dolar, dan emas. Jika korelasi antara dua yang pertama adalah jelas lagi nyata, korelasi antara EURUSD dan emas mungkin memerlukan penjelasan yang lebih terperinci.
Oleh kerana euro merupakan salah satu matawang yang menjadi pesaing terkuat kepada dolar AS, ia dikaitkan dengan pergerakan emas, dan perkaitan antara kedua-duanya, adakalanya, boleh memainkan peranan yang positif untuk matawang itu. Walau bagaimanapun, walaupun euro dan emas terkorelasi dengan USD secara negatif, hubungan mereka tidaklah 100% sempurna.
Emas bukan sahaja bertentangan dengan USD tetapi juga pesaing kepada sistem monetari berasaskan matawang fiat pada zaman ini. Oleh itu, EURUSD mungkin akan mengalami penurunan atau kenaikan berikutan pergerakan emas.
Tips kelima: Kekal konsisten
Kunci kepada perdagangan yang berkesan – sekiranya kita terlupa tentang semua tips Forex yang lain - adalah konsisten. Ia sentiasa membuahkan hasil.
Menjadi pedagang yang konsisten adalah tentang menumpukan fokus pada satu perkara dan berpegang pada strategi yang dipilih. Jika anda telah membuat persediaan dengan baik dan tahu apa yang anda lakukan, anda harus yakin tentang strategi anda.
Ada beberapa pilihan yang boleh membantu anda menghasilkan strategi yang berkeberhasilan tinggi. Antaranya termasuk:
- Analisis fundamental.
- Analisis teknikal.
- Gabungan kedua-duanya.
- Arbitraj kadar faedah.
- Analisis sentimen.
- Strategi yang dikuantifikasi.
Akhir sekali, anda tidak boleh konsisten sebagai pedagang tanpa mempunyai mindset yang betul. Psikologi memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Oleh itu, jangan hadkan diri anda dengan hanya pengetahuan yang berkaitan dengan pasaran – kejayaan juga menuntut anda untuk mengenali diri anda dan cara minda anda berfungsi dengan lebih mendalam.
Tips keenam: Tentukan titik masuk dan keluar
Menentukan titik masuk dan keluar mesti dijadikan ritual sebelum setiap sesi urusniaga anda. Anda tidak boleh mengharapkan hasil yang positif jika anda tergesa-gesa membuka urusniaga. Melainkan anda seorang pedagang yang gemar mengambil risiko, anda pasti mahu lebih banyak kawalan ke atas keuntungan yang berpotensi diraih. Jadi, mengetahui dengan tepat di mana dan bila anda akan membuka dan menutup urusniaga anda adalah suatu yang anda harus usahakan.
Mengenai pengurusan risiko, anda juga perlu menggunakan alat seperti Renti Rugi (Stop Loss) dan Ambilan Untung (Take Profit). Renti Rugi akan membantu anda menghindari kerugian yang tidak perlu dengan menetapkan harga di mana aset yang dibeli akan dijual secara automatik bila harganya merosot. Dengan Ambilan Untung, aset dijual secara automatik apabila ia mencapai harga yang telah ditetapkan semasa harganya bergerak ke atas.
Kedua-dua Renti Rugi dan Ambilan Untung membolehkan anda mengoptimumkan proses perdagangan tanpa perlu memantau posisi-posisi aktif anda pada setiap masa.
Tips ketujuh: Kira jangkaan anda
Satu lagi nasihat Forex yang akan meningkatkan kemahiran anda adalah untuk menilai jangkaan pencapaian anda dalam jangka panjang. Satu urusniaga tidak memberikan makna yang besar, jadi tiada gunanya jika anda menganalisis perdagangan anda berasaskan hanya satu urusniaga. Sebaliknya, cuba nilai prestasi anda setiap sepuluh urusniaga.
Anda akan dapat melihat betapa bermanfaatnya pendekatan ini, kerana pendekatan ini memberikan anda perspektif yang lebih luas tentang proses ini dan membantu anda mengira jangkaan pendapatan anda.
Walau bagaimanapun, anda boleh mempertingkatkan kualiti keseluruhan proses ini dengan merekodkan aktiviti perdagangan anda menggunakan jurnal pedagang yang direka oleh pakar pasaran FBS.
FBS Trading Journal membantu anda mengatur dan mengoptimumkan perdagangan anda. Seperti yang anda sudah tahu, fokus dan konsistensi adalah ciri-ciri utama seorang pedagang yang berjaya. Merekod jurnal akan membantu anda berkembang dan menjaga prestasi.
Jika anda ingin menerima templat FBS Trading Journal, tinggalkan e-mel anda, dan kami akan menghantarnya kepada anda.
Tips kelapan: Hadkan kerugian anda
Jika anda ingin menjadi pedagang yang bijaksana dan berhati-hati, sentiasa tetapkan had bagi kerugian yang mungkin akan menimpa anda. Dengan perkataan lain, tetapkan nilai ambang (threshold) seberapa banyak anda sanggup rugi tanpa menyebabkan anda tidak keruan.
Kita harus akui realiti ini: kerugian adalah sisi yang tidak menyenangkan dalam perdagangan. Tiada siapa mahu rugi, tetapi ia mustahil untuk dielakkan sama sekali. Tetapi anda boleh belajar untuk menghindari kerugian sebanyak yang mungkin atau meminimumkan kerosakan.
Anda boleh berangan-angan besar tentang potensi keuntungan untuk terus memotivasikan diri anda. Tetapi adalah lebih baik untuk berfikir dengan realistik dan berhati-hati apabila ia melibatkan potensi kerugian.
Tips kesembilan: Lihat apa yang paling berkesan untuk anda dan sebab-sebabnya
Jika suatu pola membawa kepada kesudahan yang baik atau "sistem" tertentu yang berulang kali berfungsi dengan baik, patuhi dan berpeganglah pada perkara tersebut. Berikan diri anda ganjaran untuk urusniaga yang berjaya - seperti yang kita semua lakukan - tetapi apabila anda melakukannya, jangan lupa untuk menganalisis mengapa perdagangan itu begitu efektif dan bagaimana sebenarnya anda menjadikannya berfungsi. Dengan cara ini, anda akan membina "kotak pancing" yang sarat dengan pola, strategi, dan trick yang berguna yang boleh anda gunakan untuk urusniaga pada masa akan datang.
Tips kesepuluh: Lakukan analisis mingguan dan bulanan
Perdagangan adalah "feedback loop" yang berulang-ulang sampai bila-bila. Ini bermakna anda tidak boleh melakukannya tanpa menganalisis pengalaman dan kesudahan anda secara kerap dan berkala. Lakukan ini setiap minggu dan setiap bulan. Ini akan membantu anda mengesan titik kuat dan titik lemah anda, memperbaiki kesilapan, dan menjadi pedagang yang lebih baik.
Gunakan FBS Trading Journal untuk ini. Ia akan membantu anda melihat apa yang anda lakukan dengan betul dan apa yang salah. Anda akan dapat melupuskan strategi-strategi yang tidak produktif dan aset yang gagal. Anda tidak memerlukan perkara-perkara yang tidak memberikan faedah - gunakan FBS Trading Journal untuk mengesannya dan menyingkirkannya daripada proses anda.
Rangkuman
Memperdagangkan EURUSD adalah perkara yang mencabar. Walau bagaimanapun, terdapat cara untuk menguasai kemahiran ini. Ia akan menuntut masa dan usaha dilaburkan, tetapi akhirnya, ia akan membuahkan hasil.
Mulakan penerokaan perdagangan EURUSD anda dengan sepuluh tips perdagangan Forex ini. Terapkannya dalam rutin anda, gunakannya apabila anda berlatih di akaun demo, dan kekal konsisten setiap masa.
Anda dipelawa untuk meninjau artikel-artikel lain dalam blog FBS untuk mengembangkan pengetahuan anda dan mendapatkan lebih banyak nasihat Forex.
FAQ
Apakah strategi perdagangan forex yang paling menguntungkan?
Strategi perdagangan yang terbaik dalam Forex termasuk strategi Bali, strategi candlestick Fight the Tyger, dan strategi Profit Parabolic yang berlandaskan Purata Bergerak (Moving Average). Secara keseluruhan, strategi yang berjaya adalah strategi yang berdasarkan perkara berikut: analisis teknikal, analisis fundamental, pola harga, dll.
Bagaimana cara untuk berdagang dengan $100 dalam forex?
Berdagang Forex dengan $100 bukanlah sesuatu yang mustahil. Ia mungkin memerlukan masa yang lebih panjang untuk penyelidikan pasaran, mencari peluang urusniaga yang betul, dan mengira tahap margin (margin level) dan margin yang diperlukan (required margin). Apabila anda sudah bersedia dan mempunyai strategi untuk digunakan, anda boleh memasuki pasaran walaupun dengan deposit $100.
Dengan cara ini, di FBS anda boleh memasuki Forex dengan hanya $5. Semua ini boleh dilakukan kerana FBS menawarkan leveraj 1:3000, menjadikan akses perdagangan lebih terjangkau.
Bagaimana boleh saya dagangkan EURUSD dengan jayanya?
Pakar-pakar Forex memberikan tips perdagangan Forex berikut untuk mencapai hasil yang terbaik:
- Backtest strategi anda.
- Berlatih dengan akaun demo
- Pilih alat yang anda paling yakini – jika ia analisis fundamental, patuhi ia; jika anda fikir anda cenderung ke arah analisis teknikal, lakukan analisis teknikal.
- Walaupun mengikuti berita terkini adalah idea yang baik, yang lebih baik adalah cuba untuk tidak melakukannya dengan berlebihan-lebihan.
- Rangka pelan yang jelas yang merangkumi renti rugi (stop loss) dan ambilan untung (take profit).
- Hindari emosi.
- Gunakan leveraj dengan berpada-pada - menggunakannya secara berlebihan tidak akan mendatangkan kebaikan.
- Jejaki prestasi anda, dan jangan takut untuk melaras suai pelan anda jika perlu.
- Analisis kesilapan anda.
Apakah itu peraturan 5-3-1 dalam Forex?
Strategi 5-3-1 adalah satu set tiga peraturan yang digunakan oleh pedagang untuk membina pelan Forex terbaik yang sepadan dengan gaya mereka. Strategi ini salah satu cara yang terbaik untuk berdagang Forex jika anda seorang pemula, kerana bilangan pasangan matawang yang ada mungkin terlalu banyak untuk anda kendalikan.
Secara ringkasnya, strategi 5-3-1 adalah seperti berikut:
- Lima ialah bilangan pasangan matawang yang anda perlu pelajari dan dagangkan.
- Tiga ialah bilangan strategi yang anda perlu kuasai.
- Satu adalah untuk bilangan urusniaga yang anda lakukan setiap hari.