Apakah itu deposit
Perdagangan dalam talian melibatkan penggunaan wang anda sendiri untuk membuka posisi anda. Anda tambahkan (depositkan) wang ke dalam akaun anda di sebuah broker. Anda boleh fikirkan akaun ini sebagai dompet anda: anda keluarkan wang daripada dompet apabila anda mahu membayar untuk sesuatu (untuk membuka posisi anda), dan wang dimasukkan ke dalam akaun ini anda apabila anda menghasilkan keuntungan.
Proses menambah wang ke akaun anda dipanggil deposit. Selepas anda deposit wang ke akaun anda dengan FBS, anda boleh menggunakannya untuk urusniaga perdagangan.
FBS menyediakan alatan untuk membuat deposit yang lancar dan pantas, tetapi anda sentiasa boleh menghubungi khidmat sokongan jika anda perlukan bantuan dengan proses tersebut.
Syarat-syarat deposit di FBS
Di FBS, anda boleh depositkan wang ke dalam akaun anda melalui bank tempatan, pelbagai penyedia pembayaran dalam talian (Neteller, PerfectMoney, dsb.), kad bank, dll. Penyedia pembayaran tertentu mungkin mengenakan komisen, tetapi FBS memberi pampasan untuk komisen, jadi deposit dengan kebanyakan penyedia perkhidmatan adalah percuma untuk pelanggan. FBS juga tidak mengenakan sebarang yuran atau komisen tambahan.
Apa yang anda perlu tahu tentang deposit di FBS:
Jumlah minimum ialah $5
200+ penyedia pembayaran disokong
Kebanyakan deposit diproses dengan segera (jika anda menggunakan pindahan bank, masa bergantung pada bank anda)
0% komisen
Anda boleh menggunakan matawang tempatan anda untuk membuat deposit
Cara mendepositkan wang
FBS menawarkan dua pilihan kepada pelanggan untuk mendepositkan wang:
Aplikasi mudah alih FBS
FBS telah membangunkan aplikasi mudah alih semua dalam satu yang menjadikan perdagangan dan pengurusan baki sesuatu yang pantas, jelas dan mesra pengguna. Kami mencadangkan penggunaan aplikasi ini untuk pengurusan baki, termasuk deposit.Laman Pedagang di FBS.com
Bagi pengguna yang lebih suka menjalankan urusniaga pada desktop, terdapat pilihan untuk melakukan segala-galanya melalui pelayar web.
Ikuti langkah-langkah ini untuk mendepositkan wang bergantung pada penyedia pembayaran yang anda pilih untuk membuat deposit. Secara keseluruhan, prosesnya adalah seperti berikut:
App peranti mudah alih FBS
Pastikan anda menggunakan akaun sebenar (bukan akaun maya). Jika perlu, tukar kepada akaun sebenar anda:
- Pada tab Dagangan, klik pada nama akaun utama semasa di sudut kiri atas.
- Dalam tetingkap Pilih akaun primer yang timbul, pilih akaun sebenar Standard yang anda mahu gunakan untuk urusan perdagangan.
- Sahkan keputusan anda menggunakan butang Tukar akaun.Pergi ke tab Dana dan klik Deposit.
Pilih salah satu pilihan pembayaran yang disokong di negara anda dan ikuti arahan yang dipaparkan pada skrin.
Kebanyakan penyedia servis pembayaran memproses deposit ke akaun perdagangan dengan segera. Walau bagaimanapun, sesetengah bank tempatan mungkin memproses bayaran selama 15-20 minit (tetapi tidak lebih daripada 48 jam). Ini bermaksud wang anda boleh digunakan untuk urusan perdagangan dengan segera atau dalam beberapa minit untuk kes tertentu.
Laman Pedagang di laman web
Pergi ke FBS.com dan klik butang LOG MASUK di sudut kanan atas.
Log masuk dengan e-mel dan kata laluan anda.
Pada Dashboard, pilih akaun sebenar anda daripada senarai drop-down (ia sepatutnya berlabel Standard).
Klik butang Deposit merah untuk akaun anda.
Pilih salah satu pilihan pembayaran yang disokong di negara anda dan ikuti arahan yang dipaparkan pada skrin.
Adakah pengesahan ID diperlukan?
Jawapan pendek ialah YA. Sebagai broker yang andal, FBS perlu mengenali pelanggan mereka, sebagaimana bank perlu mengenali pelanggan mereka. Pengesahan ID boleh dilakukan dalam aplikasi mudah alih FBS dan di Laman Pedagang pada desktop.
Untuk mula berdagang dengan wang sebenar, anda perlu lulus pengesahan terlebih dahulu. Pengesahan ekspres hanya memerlukan nama penuh dan tarikh lahir anda, dan membolehkan deposit dan pengeluaran sehingga $2,000.
Untuk fungsi tidak terhad, anda perlu lulus pengesahan identiti standard. Ia melibatkan penyerahan dokumen anda dan mengambil masa 7 minit secara purata untuk pakar pengesahan kami menyemak dokumen dan mengesahkan identiti anda.
Bagaimana cara menggunakan deposit anda untuk berdagang
Selepas anda melengkapkan proses deposit, wang tersebut akan muncul dalam akaun anda. Anda dapat melihat baki akaun anda berubah dalam aplikasi mudah alih FBS dan di Laman Pedagang pada desktop. Ingat bahawa masa pemprosesan bergantung pada penyedia pembayaran yang dipilih, dan sesetengah bank mungkin mengambil sehingga 48 jam untuk memproses bayaran.
Akaun FBS anda boleh digunakan untuk perdagangan dalam aplikasi mudah alih FBS yang telah dibangunkan untuk mempertingkatkan dan memperkemas pengalaman perdagangan anda di mana jua. Anda juga boleh menggunakannya dalam platform perdagangan MetaTrader 5 pada desktop atau peranti mudah alih. Selepas anda log masuk ke platform perdagangan dengan akaun perdagangan anda, anda boleh menggunakan wang yang telah dideposit untuk membuka posisi anda. Teruskan membaca blog kami untuk maklumat lanjut dan tips tentang perdagangan online.
Soalan-soalan lazim
Berapakah amaun deposit minimum di FBS?
Amaun minimum yang boleh anda depositkan ke akaun perdagangan anda di FBS adalah $5. Ini mungkin deposit minimum terendah dalam industri perdagangan.
Apakah matawang yang boleh digunakan untuk deposit?
Anda boleh menggunakan mana-mana matawang untuk deposit, termasuk matawang nasional negara tempat tinggal anda. Amaun tersebut akan ditukarkan kepada matawang akaun (USD atau Euro) semasa proses.
Di manakah saya boleh menggunakan deposit untuk berdagang?
Anda boleh menggunakan wang yang anda deposit ke akaun FBS anda untuk perdagangan dalam aplikasi mudah alih FBS dan dalam MetaTrader. Walau apa pun aplikasi pilihan anda, anda akan menggunakan akaun perdagangan FBS anda sebagai dompet anda untuk membuka posisi.